Tentang Kami

Ana Edar Sdn. Bhd. ialah organisasi jihad bisnes yang telah beroperasi lebih tiga dekad dalam memasarkan jenama induk ANA dan jenama ‘sub’nya Qaseh Gold.


Fokus kami adalah menghasilkan formulasi kesihatan semula jadi berasaskan makanan sunnah, herba tradisi dan makanan berkhasiat tinggi, selaras dengan prinsip Halaalan Thoyyiban Mubarakan, untuk kesejahteraan seisi keluarga.


Dengan kawalan kualiti yang ketat dan pematuhan piawaian halal tertinggi, setiap produk dirumus khas untuk memberi manfaat sebenar. Selain membekalkan produk yang selamat dan berkesan, kami membuka peluang perniagaan melalui platform Rakan Niaga Ana (RANIA) bagi membolehkan lebih ramai usahawan membina empayar perniagaan mereka bersama jenama kami.


Bagi memperkukuh inovasi dan keberkesanan produk, kami sedang meneroka kerjasama strategik bersama agensi dan institusi seperti FAMA, MARDI dan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai sebahagian daripada langkah persediaan mengembangkan bisnes dan menembusi pasaran antarabangsa.

SEJARAH

Jenama induk ANA diasaskan pada tahun 1983 oleh pasangan suami isteri Allahyarham Tuan Haji Othman bin Omar dan Puan Hajjah Esah binti Omar dengan misi untuk memenuhi keperluan masyarakat Islam mendapatkan produk kegunaan harian seisi keluarga yang halal, selamat dan berkualiti.


Ana Edar bermula sebagai perniagaan keluarga yang beroperasi secara kecil-kecilan. Dengan tekad dan kejelasan visi, syarikat mula membina rangkaian pengedaran di seluruh negara, memperkukuh operasi dan menambah baik proses pengeluaran.

Sepanjang lebih empat dekad, bisnes ANA telah melalui transformasi besar daripada operasi berskala rumah kepada sebuah syarikat berstruktur profesional.


Pencapaian ini menjadi asas kukuh untuk melangkah lebih jauh, menembusi pasaran serantau dan membawa jenama ANA dan Qaseh Gold ke pentas global. Ana Edar kekal teguh mendokong prinsip asal dalam menghasilkan produk yang bermanfaat, berintegriti dan memberi nilai tambah sebenar kepada kehidupan pelanggan kami.

gambar kak has

VISI

Menjadi peneraju dalam pengeluaran dan pengedaran produk kesihatan semulajadi Halaalan Thoyyiban Mubarakan yang bukan sahaja memenuhi piawaian halal, malah memberi manfaat menyeluruh kepada tubuh, minda dan rohani. Ana Edar Sdn. Bhd. komited untuk menjadi jenama pilihan utama keluarga masyarakat Muslim, di Malaysia dan di pasaran global, dengan memberi inspirasi kepada komuniti untuk mengamalkan gaya hidup sihat berlandaskan nilai Islam.

MISI

  • Menyediakan produk berkualiti tinggi
  • Membuka peluang perniagaan lumayan
  • Membangunkan usahawan muslim berdaya saing
  • Memberi sumbangan kepada masyarakat

Qaseh Gold Ana Edar Sdn Bhd turut mendapat perhatian media tempatan dan pernah dipaparkan dalam Harian Metro, Kosmo serta Ruby.

PENGURUSAN

PENGARAH URUSAN: LUQMAN BIN OTHMAN

Lulusan Undang-undang UIAM, memimpin Ana Edar Sdn Bhd sejak tahun 2000. Bertanggungjawab mencorakkan strategi korporat, membina kekuatan jenama dan mengembangkan pasaran tempatan serta antarabangsa. Menggabungkan nilai tradisi dan inovasi moden untuk memastikan syarikat kekal relevan dan berdaya saing.


PENGARAH EKSEKUTIF: HASNIZA BINTI HASSAN

Lulusan Undang-undang dan Shariah UIAM, memimpin Ana Edar Sdn Bhd sejak tahun 2021. Bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan, operasi harian dan pembangunan produk. Terlibat secara aktif dalam memformulasikan produk berasaskan makanan sunnah dan herba tradisi dengan kawalan kualiti ketat. Memastikan semua produk mematuhi piawaian keselamatan, keberkesanan dan shariah.

Hero Section Qaseh
display qaseh gold

KENAPA QASEH GOLD

PAKAR INDUSTRI

Dengan pengalaman lebih 40 tahun dalam bidang pengedaran produk kesihatan semulajadi, Ana Edar Sdn. Bhd. membina kepakaran unik dalam menghasilkan formulasi yang bukan sahaja memenuhi piawaian halal, tetapi juga terbukti memberi manfaat menyeluruh kepada pengguna. Reputasi ini menjadikan kami rujukan utama dalam industri kesihatan berasaskan makanan ‘superfood’ semula jadi.

PENYELESAIAN YANG DISUAIKAN

Kami percaya setiap pelanggan dan rakan niaga mempunyai
keperluan berbeza. Sebab itu Ana Edar menyediakan rangkaian produk dan platform perniagaan yang fleksibel, praktikal dan mudah diadaptasi mengikut pasaran sasaran. Pendekatan ini membolehkan kami membantu pelanggan dan usahawan mencapai hasil terbaik yang relevan dengan gaya hidup dan cabaran semasa.

REKOD PENCAPAIAN TERBUKTI

Sejak ditubuhkan pada tahun 1983, Ana Edar telah membina rekod prestasi yang kukuh, daripada sebuah perniagaan keluarga kecil kepada sebuah syarikat berstruktur yang berjaya menembusi pasaran serantau. Dengan jutaan botol Qaseh Gold yang telah terjual, kami membuktikan kemampuan menghasilkan produk berkualiti tinggi sambil mengekalkan nilai integriti, keberkatan dan keberkesanan.

Pensijilan